Makluman...

Ini adalah blog persendirian. Segala maklumat hanyalah untuk tujuan perkongsian bersama. Harap membantu...

Perkhemahan dan Gajet Pengakap



Perkhemahan

Definisi : Kehidupan sederhana di luar persekitaran yang berhubung rapat dengan alam sekitar bagi tujuan tempat rehat / tempat perlindungan sementara.

Perkemahan merupakan salah satu agenda riadah bagi warga Leics di mana melalui perkemahan ini kita dapat melapangkan fikiran, melihat dan melawat tempat-tempat menarik serta menjalinkan hubungan yang lebih erat mesra yang lebih bersifat kepada kekeluargaan.

Di  England dengan lebih seratus buah lokasi perkemahan yang menarik meliputi kawasan tanah pamah, pergunungan, tepi sungai, tepi laut, kawasan bersejarah dan kawasan taman buahan. Kaedah perkemahan begitu menarik, selamat dan selesa dengan pelbagai kemudahan asas yang terjaga lagi bersih disediakan seperti tandas, bilik mandi serta mesin basuh, point elektrik di tapak perkemahan.
Khemah

Definisi : Khemah adalah tempat perlidungan yang boleh digerakkan dari satu tempat ke satu tempat untuk tujuan berehat / bermalam.
1. Jenis Khemah
a) Khemah berangka - khemah kenduri
b) Khemah tanpa rangka - pakai tali (groundsheet)
c) Khemah tiang satu - khemah kenduri
1) A Sheet (Piramid)
2) Igloo
3) Doom(bulat)

Tapak Perkhemahan

Memilih tapak perkhemahan:
1. Tanah rata - cari tempat tinggi sedikit supaya tiada air yang boleh bertakung di bawah khemah
2. Berhampiran dengan punca air - air mengalir dan ada anak ikan di permukaan air.
3. Terlindung daripada laluan angin - penghalang di kiri, kanan, depan, belakang.
4. Mempunyai pemandangan yang menarik.
5. Mendapat bekalan cahaya matahari.
6. berhampiran dengan jalan/denai/laluan - mudah untuk berurusan jika berlaku kecemasan

Tapak yang dilarang :
1. Terlalu hampir dengan lalaun air - tepi sungai - sungai : kepala air
2. Di bawah pokok - dahan condong paling besar. - di bawah pokok condong.
3. Di dalam kawasan lalang - rokok. - lighter.
4. Di dalam kawasan belukar - kurang selesa untuk bergerak.
5. Kawasan rendang - takungan air hujan.
6. Kawasan berlumpur.
7. Di atas tebing curam.
8. Laluan binatang - kena buat kawasan sendiri.
9. Kawasan berbatu.



Kebersihan Khemah

1. Tidak dibenarkan membuka barang makanan dalam khemah - menarik minat serangga.
2. Dalam khemah perlu dibersihkan selalu.
3. Jangan letak pakaian basah dalam khemah - khemah berbau, memudaratkan kita.
4. Jangan letak pakaian basah di atas khemah - batang rod lembut.
5. Tidak dibenarkan menghidupkan api / memasak di dalam khemah - bahan buatan khemah
    mudah terbakar.
6. khemah adalah semata-mata untuk tujuan tidur sahaja.

Sampah

1. Sediakan lubang khas untuk lubang sampah.
2. Sampah mesti dimasukkan ke dalam beg plastic.
3. Bahan tin perlu dikemekkan sebelum dibuang - ada rongga, kalau tin itu tidak dikemekkan akan
    memberi kesan kepada pengguna lain akan datang kerana boleh terjerlus dalam lubang tin itu
    ditanam.

Membuang Najis

Jika hanya 1 hari,
1. Korek, kambus.
2. Letak pancang (tanda) - takut rakan lain mengorek semula. 

Jika melebihi 1 hari,
1. Korek lubang khas (3 kaki dalam, 2 kaki lebar) dan Kambus.  
2. Jarak sekurang-kurangnya 100 m dari khemah.


Keperluan Utama Perkemahan

1) Khemah
2) Tilam  udara untuk tidur
3) Duvet/sleeping beg/selimut
4) Dapur-camping
5) Pinggan/gelas plastik


Panduan membeli khemah

Khemah bergantung kepada jenis dan saiz dalam  menentukan harga. Biasanya khemah dalam RM100 kalau ada offer) dah kira ok.

1) Pastikan khemah adalah tinggi  melebihi 170 cm bagi membolehkan kita berdiri (untuk

    sembahyang, ruang udara lebih banyak)  

2) Bergantung kepada keperluan keluarga. Sebaiknya jenis 2 bilik supaya senang nak letak
    barang keperluan dan tempat tidur. Tilam udara biasanya bersaiz 220x190(double).

3) Mudah dipasang, tak perlu ramai orang untuk mendirikannya

4) Tidak terlalu Kompleks (banyak rangka/frame susah nak pasang)

5) Jenis material yang tidak terlalu nipis dan kurang panas biasanya jenis polyester

6) Pastikan jenis khemah 'double glaze', beri kehangatan tambahan




No comments:

Post a Comment