Makluman...

Ini adalah blog persendirian. Segala maklumat hanyalah untuk tujuan perkongsian bersama. Harap membantu...

Ikatan dan Simpulan



Berikut merupakan antara ikatan asas yang perlu diketahui oleh Pengakap Kanak-Kanak.




BUKU SILA
 
Kegunaannya : - Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.
 
bukusila.gif
BUNGA KETI
 
Kegunaannya : -Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal.

  
bungageti.gif 
BUNGA KETI BERGANDA

Kegunaannya : - Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan dapat digunakan dengan selamat.


bungaketiganda.gif

 
LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT
 
Kegunaannya : - Bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau Ke pacang kerana cara begini mudah di buka dan tidak mudah tanggal ikatannya.

 
simpulbelit.gif

SIMPUL MANUK (Clove Hitch)
 
Kegunaannya : - Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.

 
simpulmanok.gif

SIMPULAN PENGAIL (Fisherman's Knot)
 
Kegunaannya : -Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin.



 
simpulpengail.gif

SIMPUL PULIH
 
Kegunaannya : - Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh
 
 
 
simpulpulih.gif

LILIT BALAK
 
Kegunaannya : - Untuk mengikat tapi pada balak dan untuk memindahkan atau mengheret kayu atau batang balak

 
lilitbalak.gif



Sumber : PKK181-SJK(C) Puay Chai 2


No comments:

Post a Comment