Makluman...

Ini adalah blog persendirian. Segala maklumat hanyalah untuk tujuan perkongsian bersama. Harap membantu...

Istiadat dan Tradisi



ISTIADAT LAUNG AGUNG




Tujuan :

1) Merupakan tradisi dalam Pengakap Kanak-Kanak.
2) Diamalkan di seluruh dunia. 
3) Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK” 
4) Bagi menghormati tetamu.
5) Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina disiplin. 


Masa diadakan :

1) Jika ingin membuat perhimpunan rasmi.
2) Sebelum memulakan sesuatu aktiviti.
                            3) Selepas menamatkan sesuatu aktiviti.





                           Cara melaksanakannya :

                           1) Pemimpin (AKELA) akan memanggil semua pengakap kanak-kanak (PKK)
                               berkumpul dengan berteriak:
                               "PEK..........." 
                           2) PKK yang mendengar teriakan itu akan berhenti melakukan sebarang kerja 
                               dan berdiri dalam keadaan sedia.
                           3) AKELA sekali lagi berteriak:
                               "PEK...PEK...PEK..."
                           4) PKK akan berteriak kembali dengan menyebut "PEK....." sambil berhimpun
                               mengelilingi AKELA secara rapat. 
                           5) Setelah PKK merapati AKELA, tangan AKELA yang dalam keadaan
                               mengepak akan dibuka mendepa sebagai arahan kepada PKK untuk
                               membuat satu bulatan besar mengelilingi AKELA sambil berpegangan
                               tangan. 
                           6) Setelah bulatan besar telah terbentuk, PKK terus melepaskan tangan.
                           7) Kemudian, AKELA terus memberi arahan dengan menjatuhkan tangan yang
                               didepa tadi ke sisi.
                           8) PKK pula terus duduk mencangkung, tangan diluruskan di sisi dan muka
                               dilangutkan ke atas sambil berteriak:
                               "AKELA, Kita Buat Habis Baik" 
                           9) Sejurus perkataan "Baik" habis, semua PKK bangun berdiri tegak. Kemudian,
                               seorang PKK bertugas akan tabik hormat kepada AKELA sambil mencabar
                               semua PKK lain dengan berteriak:
                               "Kamu Buat Habis Baik" 
                           10)PKK lain akan membalas dengan mengangkat tabik hormat kepada AKELA
                                dan berteriak:
                               "Kami Buat Habis Baik" 
                           11)Kemudian, AKELA akan membalas kepada semua PKK dengan mengangkat  
                                tabik hormat. 
                           12)Setelah AKELA menjatuhkan tabik hormat, barulah semua PKK boleh
                                menjatuhkan tabik hormat masing-masing secara serentak. 


Rujuk video berikut untuk langkah lebih jelas dalam menjalankan istiadat ini:



 


ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA


Tujuan diadakan :

1) Sebelum memulakan sesuatu majlis.
2) Bagi menanda pemilikan bagi sesuatu kawasan yang sedang menjalankan aktiviti.
3) Bagi menunjukkan identiti sesuatu pasukan.
4) Bagi menaikkan semangat perpaduan atau kecintaan dalam satu pasukan.


Cara Melaksanakannya :
  
1)  Sebelum istiadat dimulakan, bendera telah dilipat dan diikat awal pada bahagian hujung tiang 
     bendera.  
2)  Setelah istiadat bermula, Akela akan berteriak "BENDERA". Semua PKK mengadap bendera. 
     Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) akan terus keluar berjalan (berkawad) menuju ke  
     tiang bendera.  
3)  Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di hadapan tiang
     bendera.
 
4)  Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera untuk  
     "memecah bendera" yang telah diikat awal sebelum istiadat dimulakan.  
5)  Kemudian, terus  bergerak selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera serta diikuti  
     pemimpin dan PKK lain. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke tempat asalnya dengan
     berkawad.  
6)  Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak menyanyikan lagu Negaraku
     bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap kembali ke dalam bulatan
     seperti asal.  
7)  Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai
     isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan kepala dan pandang
     tumit sambil bertafakur mengikut agama masing-masing. Selepas tamat doa Petugas (Ahli
     dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat turunkan tangan.  
8)  Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapor kepada Ketua Pemimpin atau minta
     menjalankan tugas lain.
9)  Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan memeriksa kesilapan uniform PKK sebelum
     membuat pengumuman.





ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA

1) Semua PKK berdiri dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan dalam keadaan sedia.
2) AKELA berteriak "BENDERA"
3) Petugas mara ke tiang bendera dan terus menaikkan bendera. 
4) AKELA mengarah semua yang hadir menyanyi lagu Kebangsaan. 
5) Setelah bendera sampai ke puncak tiang, petugas berundur selangkah ke belakang dan memberi
     hormat. Semua yang hadir memberi hormat. 
6) Petugas balik ke tempat asal.
7) Semua menyanyi lagu Pengakap.
8) Membaca doa.
9) Akela memberi arahan "SENANG..... DIRI" 
10) Akela memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain.



ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA

1) Petugas memberi arahan “PEK..Sedia”
2) Petugas memberi arahan “Bendera”. Semua PKK akan menghadap bendera.

3) Dua orang PKK berjalan ke arah tiang bendera, berhenti dan bersedia di hadapan tiang bendera.
    Seorang PKK yang berada di hadapan akan menurunkan bendera dan seorang lagi  di belakang
    akan memastikan bendera agar tidak mencecah tanah (sangkut pada bahu).
4) Kemudian, bendera dilipat menjadi segitiga. 
5) Setelah selesai, hanya PKK di hadapan sahaja membawa bendera kepada pemimpin, beri hormat
    dan serahkan bendera. 
6) Setelah PKK masuk baris, upacara bacaan doa dijalankan dan pemimpin akan memberi ucapan.
7) Seterusnya, arahan keluar baris diberikan.




ISTIADAT PENYAMPAIAN LENCANA KEMAJUAN (PKK)

Lencana disediakan di dalam dulang dan di bawa oleh Penolong Pemimpin. 


1. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu
2. Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera
3. Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan)
4. Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima
5. Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat
6. Akela menyematkan lencana
    - Lencana Kemajuan di kiri lengan baju
    - Lencana Kepandaian di kanan lengan baju
7. Akela bersalam dan ucapan “Syabas”.
8. PKK tabik hormat
9. Selesai semua - Pek beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana
10. PKK balik ke sekawan masing-masing.




ISTIADAT MENINGKAT NAIK (PKK KE PM)


Satu istiadat yang sangat mustahak, menjadi kenangan dan menggembirakan bagi PKK meningkat naik ke Kumpulan PM. Istiadat ini penting bagi Akela/Pemimpin dan Penolong yang telah melatih PKK itu.
 

Kedudukan : Pek dan Troop berdiri dalam bentuk tapak kuda berhadapan antara satu dengan lain
 

Cara melaksanakannya :

1. Sebaik sahaja Laung Agung selesai dijalankan, Akela mara ke garisan pemisah.
2. Pemimpin Kumpulan memberi arahan “Kumpulan Sedia”. Pemimpin akan terangkan tujuan

    istiadat.
3. Apabila arahan "PKK meningkat naik" diberi, PKK akan bergerak satu langkah ke hadapan, pusing

    ke kanan pusing dan terus bersalam dengan PKK lain. Seterusnya, maju ke Akela di garisan
    pemisah (tali).
4. Akela memberi pesanan terakhir kepada PKK.
5. PKK memberi hormat, salam dengan Akela. Akela dengan menggunakan tangan kiri memimpin

    PKK melangkah pemisah. 
6. Seterusnya, PKK memberi hormat kepada pemimpin Pengakap Muda dan bersalam.
7. Pemimpin menyerah PKK kepada Ketua Patrol.
8. Ketua Patrol membawa PKK ke patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli kumpulan.
9. Selesai semua ahli baru dipindahkan semua ahli Troop akan memberi sorakan “SELAMAT

    DATANG”.
10. Bagi PKK yang tinggal, Istiadat Laung Agung diteruskan.




ISTIADAT PERLANTIKAN AHLI PKK BARU

1.  PEK berada dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan. Penolong Pemimpin berdiri

    di luar bulatan di belakang tiang bendera. PEK berdiri dalam keadaan sedia.
2. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan.
3. Ketua Sekawan yang berkenaan membawa ahli baru itu berdiri di hadapan AKELA. Selepas itu,

    Ketua Sekawan balik ke tempatnya.
4. Serentak dengan itu, Penolong Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah AKELA

    dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian.
5. Kemudian, AKELA akan bertanya "Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak?"

6. PKK Baru akan menjawab "Ya, AKELA."
7. AKELA akan bertanya lagi "Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap?"
8. PKK Baru akan menjawab "Ya, AKELA."
9. Kemudian, AKELA akan melafazkan Persetiaan Pengakap dan diikuti oleh PKK baru itu:-
   
        "Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa
        daya upaya saya, akan:
              Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
              Menolong orang pada setiap masa,
              Menurut Undang-Undang Pengakap"
 

10. AKELA akan berjabat tangan dengan Pengakap Kanak-Kanak yang baru dan berkata:-

       "Saya percaya kamu akan buat habis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu
       sekarang adalah seorang Pengakap Kanak-Kanak dan seorang ahli dalam Persaudaraan
       Pengakap Sedunia."
 
11. AKELA menyematkan lencana keahlian, menyarungkan skaf dan memakaikan topi kepada

     Pengakap Kanak-Kanak itu.
12. Pengakap Kanak-Kanak memberi tabik hormat kepada AKELA. Kemudian PKK itu berpusing dan
     memberi hormat kepada PEK. PEK membalas hormat sebagai tanda mengalu-alukan PKK (Adik
     baru) ke dalam PEK.
13. Ketua Sekawan berkenaan membawa Pengakap Kanak-Kanak baru itu dan memperkenalkannya

     kepada Sekawan itu.
14. Istiadat ini diakhiri dengan Laung Agung yang dibuat kali pertama disertai Pengakap

     Kanak-Kanak tersebut.
15. Sekiranya semua Sekawan adalah ahli baru, maka istiadat perlantikan diadakan dalam dua

     peringkat. Ketua Sekawan dilantik terlebih dahulu dan ahli lain dilantik kemudian.



TRADISI PENGAKAP

Sumber: Istiadat

Terdapat tiga tradisi pengakap yang telah lama diamalkan perlu dipertahankan iaitu:

a)  Hormat

Cara Hormat Pengakap 

1) Tunjukkan isyarat Pengakap dengan tangan kanan, 
    kemudian angkat tangan kanan dengan pantas sehingga 
    ke sisi topi forage selama satu atau dua saat dengan
    permukaan jari menghadap ke hadapan. 

2) Turunkan tangan ke bawah dengan pantas secepat yang

    boleh.

3) Jika anda tidak memakai topi forage, sentuh dahi anda
    dibahagian atas mata kanan. 

Kepentingan memberi Hormat 
Sebagai tanda kehormatan, berbudi bahasa dan persahabatan.


b) Isyarat



Isyarat Pengakap menandakan suatu isyarat Pengakap dalam unit anda sebagai seorang Pengakap di seluruh dunia. Ia adalah tradisi Pengakap dalam berkomunikasi pada masa dahulu sehingga kini dan untuk ahli-ahli Pengakap mengenali antara mereka dalam sesuatu aktiviti yang tersendiri.









c) SALAM/BERJABAT TANGAN


Bila anda melihat sesiapa memakai lencana Pengakap atau berpakaian seragam samada anda mengenalinya atau tidak - sentiasa cuba menjadi orang pertama memberi Hormat Pengakap.







1 comment: