Makluman...

Ini adalah blog persendirian. Segala maklumat hanyalah untuk tujuan perkongsian bersama. Harap membantu...

Identiti Pengakap Malaysia


LOGO PENGAKAP MALAYSIA



1) Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
2) Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap.
3) Warna kuning pada anak bulan dan bintang melambangkan warna DiRaja, mewakili DYMM Raja-Raja

     Melayu.






MOTO PENGAKAP 








AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
(Dalam Perlembagaan Malaysia)



Sebelum diperbadankan dibawah Akta Parlimen No. 38 : Akta (Perbadanan)   Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, 1968; Persekutuan Pengakap Malaysia telah terlebih dahulu ditadbir secara berasingan dibawah:


1. Ordinance Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu

2. Ordinance Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sabah

3. Ordinance Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sarawak



Akta Parlimen No. 38: Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, 1968





Persetujuan Di Raja diterima pada 8 hb. November 1968.


Akta ini memperbadankan Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Persekutuan Budak-Budak Pengakap di Sabah dan Sarawak menjadi satu pertubuhan yang diperbadankan dengan nama Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia.


Akta ini memansuhkan:
1. Ordinance Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu
2. Ordinance Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sabah
3. Ordinance Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sarawak

Akta Parlimen No. 143: Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, 1974





Persetujuan Di Raja diterima pada 30 hb. Julai 1974.


Akta ini menukar nama Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia kepada Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia.


Memperuntukan penalti bagi mana-mana kesalahan yang diperuntukan didalamnya:
"Penalti
13A. Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan."

Akta Parlimen No. 409: Akta (Permerbadanan) Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 1968 (Semakan), 1989





Persetujuan Di Raja diterima pada 14 hb. Disember 1989


Akta ini menyemak dan mengemaskinikan:
1. Segala pindaan yang dilakukan dalam Akta Parlimen No. 143: Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, 1974
2. Segala pindaan yang dilakukan dalam Seksyen:
3. Akta Parlimen No. 143: Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, 1974
13A. Akta Parlimen No. 143: Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, 1974







Sumber : Persaudaraan Pengakap Diraja Malaysia 



UNDANG-UNDANG PENGAKAP






 

PERSETIAAN PENGAKAP









 


LAGU RASMI PENGAKAP 





Sumber: http://wn.com/pengakap


BENDERA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA







PERLEMBAGAAN PENGAKAP KANAK-KANAK


Fasal 1 : Nama dan Alamat.
i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama PERTUBUHAN PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK) SEKOLAH KEBANGSAN DATUK USMAN AWANG
ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK USMAN AWANG 
Fasal 2 : Tujuan Persatuan
i. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan.
ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin murid.
iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan.
 Fasal 3 : Keahlian
i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6).
ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.
iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan.

Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli.
i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti persatuan.
ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan dalam persatuan.

Fasal 5 : Mesyuarat.
i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun untuk:
- memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan
- kewangan
- ucapan penangguhan
- cadangan-cadangan
ii. Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada:
a. Pengerusi
b. Setiausaha
c. Bendahari
d. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6)
iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun berkenaan.
iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan.
v. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli.
vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa.

Fasal 6 : Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan.
i. Pengerusi
Menjadi pengerusi mesyuaraat, bertanggungjawab untuk memastikan segala mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.
ii. Setiausaha
Menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan persatuan.
iii. Bendahari
Bertanggungjawab dalam hal kutippan kewangan persatuan, apabila ada kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat.

Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan.
i. Kewangan persatuan ini diperolehi melalui :
a. wang SUWA (Kokurikulum).
b. sumbangan PIBG.
c. derma daripada ahli dan orang ramai.
ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan.

Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan.
i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung.
ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru Besar.

Fasal 9 : Tafsiran.
i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah muktamad.

Fasal 10 : Pembubaran.
i. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau Pentadbir Sekolah.


PENDAFTARAN
SEKOLAH REN. KEB. ………………………..
PENDAFTARAN BADAN BERUNIFORM / KELAB / PERSATUAN / PERMAINAN TAHUN ……………


1. NAMA : KUMPULAN PENGAKAP ……………………………………….


2. GURU PENASIHAT :
2.1
2.2
2.3
2.4


3. AHLI JAWATAN KUASA :
3.1 ……………………………………………. S/B …………………… (KETUA)
3.2 ……………………………… S/B …………………… (PEN KETUA)
3.3
3.4
3.5
3.6


4. BILANGAN AHLI :
LELAKI : ………….. ORANG
PEREMPUAN : …………… ORANG
JUMLAH KESELURUHAN : ………….. ORANG


5. KEGIATAN :
TARIKH : …………………………… HARI : …………. MASA : ……………………….


6. TARIKH : ……………………


tandatangan
( GPK. KOKURIKULUM)
LULUS / TIDAK DILULUSKAN


tandatangan
(GURU PENASIHAT 1 )


Sumber : Persatuan Uniform Pengakap Malaysia

No comments:

Post a Comment