Makluman...

Ini adalah blog persendirian. Segala maklumat hanyalah untuk tujuan perkongsian bersama. Harap membantu...

Kawad PKK





Tujuan Kawad :
1) Melatih ahli sentiasa berdisiplin dan patuh kepada arahan.
2) Membina semangat berpasukan dan bekerjasama.
3) Membentuk jati diri unggul.
4) Membina kekuatan mental dan fizikal yang kental.
5) Meningkatkan keyakinan dan iltizam yang tinggi dalam diri.
6) Melatih daya fokus yang tinggi.


Jenis Kawad :


1) Kawad Statik

2) Kawad Formasi


Arahan Kawad Asas Pengakap :


1)   Masuk Baris
     - Arahan diberi oleh jurukawat / ketua perbarisan.
     - Semua ahli pengakap masuk baris.

2)   Sedia
     - Arahan:
        "Baris...Baris...Sedia"
     - Tindakan:
         Berdiri tegak dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm hingga 15cm.

3)   Senang Diri
     - Arahan:
       "Baris..Senang Diri"
     - Tindakan:
         Bukakan kaki kiri ke kiri.
         Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung.
         Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri menggengamnya.
         Melangutkan muka ke hadapan.

4)   Rehatkan Diri
     - Arahan:
       "Rehatkan diri"
     - Tindakan:
         Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang. 

5)   Ke Kanan Lurus
     - Arahan:
       "Ke Kanan Lurus..."
     - Tindakan:
         Baris paling kanan diam.
         Ahli lain mengangkat tangan kanan yang digenggam dan diletakkan di bahu
         rakan sebelah kanan sambil memalingkan muka ke kanan.
         Kemudian, mengangkat kaki bermula kaki kiri dan menghentaknya. Diikuti  
         kaki kanan.
         Seterusnya, luruskan barisan mengikut ahli yang paling kanan.

6)   Pandang Depan
     - Arahan:
       "Pandang..Depan"
     - Tindakan:
          Pengakap akan memalingkan muka ke hadapan sambil menjatuhkan tangan
          ke sisi.

7)   Bergerak ke kanan/kiri
     - Arahan:
       "Baris, akan bergerak ke kanan/kiri,kanan/kiri....pusing"
     - Tindakan:
          Semua pergerakan dalam kawad menggunakan arah bahu kanan kecuali
          bagi pergerakan ke kiri.

8)   Bergerak ke belakang/hadapan
     - Arahan:
       "Baris, akan menghadap ke belakang/hadapan, ke hadapan/belakang...pusing"

9)   Buka Barisan
     - Arahan:
       "Buka..barisan.....gerak"
     - Tindakan:
           Barisan hadapan akan bergerak 1 setengah langkah ke hadapan.
           Barisan belakang akan bergerak 1 setengah langkah ke belakang.
           Barisan tengah duduk diam.

10)  Tutup Barisan
     - Arahan:
       "Tutup...barisan....gerak"
     - Tindakan:
           Barisan hadapan akan bergerak 1 setengah langkah ke belakang.
           Barisan belakang akan bergerak 1 setengah langkah ke hadapan.
           Barisan tengah duduk diam.

11)  Keluar Baris
     - Arahan:
       "Baris...keluar..baris"
     - Tindakan:
          Baris akan bergerak ke kanan, berjalan keluar 3 langkah bermula dari
          kaki kiri dan bersurai.


Berikut merupakan antara kawad yang berkesan:




3 comments: